Tuesday 8 October 2013

JUMAAT OH JUMAAT
'tut, tut, tut' telefeon berbunyi..
"helo, ye kak" Cik Linda menjawab
"linda ak teringin la nak makan kek yang ko bawa ari tu" Cik Siti berkata.
"oh kek tu, napenye?" balas Cik Linda
"leh tak ko bt kan utk ak. kek apa tu namanya nye ye?karamel kot" jawab Cik Siti
"Kek Coklat karamel la. boleh je" Cik Linda menjawab
" ak nak tempah tau, nanti ko anta, bape ye ko jual?" tanya Cik Siti
"ok no problem, harganya kite cite nanti ek" Cik Linda berkata
"ok bye"
"bye"

Sangat terkejut Cik Linda, rupa-rupanya kek itu telah memikat hati kawan Cik Linda tu. Ada la ari tu Cik Linda pernah buatkan untuk die semperna birthday die aritu. Nak kasi hadiah tak tau nak kasi apa. kasi kek je lah. dalam entry yang lepas Cik Linda ad post kan kek nye. sekang kite share resepi nye ye. 

Kek Coklat Karamel

Lapisan pertama
Bahan-bahan untuk karamel
2 sudu besar gula

Lapisan kedua
Bahan-bahan untuk puding:
3 biji telur 
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sk esen vanilla.

Lapisan ketiga
Bahan-bahan untuk kek

Bahan A:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan koko
1 cawan gula

Bahan B:
3 biji telur

Bahan C:
1 1/4 cawan tepung M&M 

Cara-caranya
Lapisan pertama 
1. Tabur gula di atas loyang pembakar dan masak di atas api perlahan hingga kekuningan. Biarkan sejuk.

Lapisan kedua
1. Campurkan kesemua bahan puding dan blend seketika sehingga semuanya sebati
2. Tuangkan bahan puding di atas lapisan pertama 
3. Kukus selama 30 minit

Lapisan ketiga 
1. Campurkan kesemua bahan A dan masak seketika di atas api perlahan sehingga pekat
2. Bahan B di kacau sebati
3. Campurkan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A.
4. Tuangkan bahan kek ke atas lapisan kedua.
5. Kukus selama 1 jam 

Taraaaaa ni lah hasilnya..

sorilah ni gambar yang lama..