Tuesday 8 October 2013

JUMAAT OH JUMAAT
'tut, tut, tut' telefeon berbunyi..
"helo, ye kak" Cik Linda menjawab
"linda ak teringin la nak makan kek yang ko bawa ari tu" Cik Siti berkata.
"oh kek tu, napenye?" balas Cik Linda
"leh tak ko bt kan utk ak. kek apa tu namanya nye ye?karamel kot" jawab Cik Siti
"Kek Coklat karamel la. boleh je" Cik Linda menjawab
" ak nak tempah tau, nanti ko anta, bape ye ko jual?" tanya Cik Siti
"ok no problem, harganya kite cite nanti ek" Cik Linda berkata
"ok bye"
"bye"

Sangat terkejut Cik Linda, rupa-rupanya kek itu telah memikat hati kawan Cik Linda tu. Ada la ari tu Cik Linda pernah buatkan untuk die semperna birthday die aritu. Nak kasi hadiah tak tau nak kasi apa. kasi kek je lah. dalam entry yang lepas Cik Linda ad post kan kek nye. sekang kite share resepi nye ye. 

Kek Coklat Karamel

Lapisan pertama
Bahan-bahan untuk karamel
2 sudu besar gula

Lapisan kedua
Bahan-bahan untuk puding:
3 biji telur 
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sk esen vanilla.

Lapisan ketiga
Bahan-bahan untuk kek

Bahan A:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan koko
1 cawan gula

Bahan B:
3 biji telur

Bahan C:
1 1/4 cawan tepung M&M 

Cara-caranya
Lapisan pertama 
1. Tabur gula di atas loyang pembakar dan masak di atas api perlahan hingga kekuningan. Biarkan sejuk.

Lapisan kedua
1. Campurkan kesemua bahan puding dan blend seketika sehingga semuanya sebati
2. Tuangkan bahan puding di atas lapisan pertama 
3. Kukus selama 30 minit

Lapisan ketiga 
1. Campurkan kesemua bahan A dan masak seketika di atas api perlahan sehingga pekat
2. Bahan B di kacau sebati
3. Campurkan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A.
4. Tuangkan bahan kek ke atas lapisan kedua.
5. Kukus selama 1 jam 

Taraaaaa ni lah hasilnya..

sorilah ni gambar yang lama..



Friday 31 May 2013

CUTI SEKOLAH YAHOOOOO

jumaat sudh kte hehehe..salam jumaat semua. dah seminggu berlalu cuti sekolah penggal kedua. apa planning kalian.mesti da bjl;n planning tu kan. mesti ad yg ambil peluang bawa anak jalan2, balik kg &  msti ramai yng kawen kn. ok bagi mereka yang bercuti selamat bercuti. bagi mereka yang p holiday sama2 family.enjoy ur holiday. & bagi pasangan mempelai.selamat pengantin baru  selamat menempuh alam baru. alam perkahwinan, alam hidup berdua, bertiga dan seterusnya.....selamat bermadu bulan...ucapan CL .semoga kekal hingga ke jannah. amin..


huh sedey je rasa...coz CL x dpt cuti. cuti da tggl ckit...spare utk raya...kang orng beraya CL  lak y jaga sek ni...taknak la CL...takut.....sek ni berhantu.hahahah...


musim cuti sek...musim orng kawen. musim cuti sek, musim orng kawen. d mana2 akan ad yng bt kenduri kawen. pantang cuti sek je.begitu la m'sia. Smlm CL call mak, mak pun cite lah tiap2 hari ad jemputan kawen d kg. mggu mkn nasi free katanye. hehehe. skg orng bt kenduri kawen bkn hujung minggu je hari2 biase pun ad kenduri....yng syok nye time kenduri kawen ni leh jumpa kengkawan lama2. time ni je la dpt jumpa. bese lah sume da besar2 pnjg da ad kehidupan sndri susah nk jmpe. time ni je la leh kumpul bersama. bila berkumpul ramai2 ni, mcm2 cite nk d kongsi. terungkitlah kisah zaman2 kanak, zaman remaja, zaman sek..rindunyee.....y CL ingt smpi skng, zaman CL sek rendah,bile tiba time cuti sekje. mesti kitorng ad plan je. y CL igt smpi skng ktorng  suka sgt main berkelah2. bkn berkelah tepi pantai pun. kat tepi kolam ikan bapa2 kami bt kat belakang umah, d tepi2 hutan. d atas pokok ciku umah CL. bila time tghri kitorng balik umah masing2  amek mknn and lepak kt pondok y kami bt. pstu mkn sesama..best nya time tu. rasa cam nk balik semula ke zaman tu...hurm budak2 zaman sekarang dah tak rasa kehidupan yang macam kite dulu. zaman mereka, zaman it.


berbalik apa yng CL nk share ialah lauk kenduri kawen yng akan terhidang d meja makan. di sini CL ad sertakan lauk2 yang akan menjadi menu kenduri kawen bagi kaum melayu.



1. Nasi Minyak
2. Nasi Tomato
3. Nasi Putih
4.Ayam Masak Merah.
5. Ayam Goreng Rempah.
6. Kari Daging
7. Daging Masak Kicap.
8. Ulam-ulaman
9.Sambal Tempoyak, Sambal Belacan
10. Air Sirap (Air orng kawen CL panggil)

dan banyak lagiiiii. di sini CL ad share photo2 nye. CL pinjam ngn en. Google.


berselera nye tgok nyum nyum

Udang Berdiri...(kreatifnye)

Ayam Masak Merah

Daging Masak Kicap Berlada Hitam

Kari Daging

Opor Daging

ENJOY MAKAN-MAKAN



Wednesday 29 May 2013

BAKING MEMBAKING

cik linda tulis blog ni mcm biskut kejap ada kejap takde. tuannye bz memanjang.sejak2 duk kajang ni kan. banyk sgt aktivitinye..tmbh pulak ngn adanya si cute alyn...susah la mama nye nk buka laptop..asyik duk kacau kite je...anak oh anak.

da lama nak cuba resepi ni akhirnye cik linda pun mencubanya... godek punye godek cik linda jumpa la resepi ni dlm my resepi...kat cni taip je nk respi apa semua ad...tu y seronok tu...

ni ha kek cik linda bt. takla sepandai orng lain. jadi ke tak jadi hanya cik linda and family and kengkawan di sini je yang tau. yang lain tu nk komen apa lantak diorg la. y penting habis d mkn and di katakan sedap cik linda da kira bersyukur.orng y komplen mcm2 tu lantak die...cik linda tak kacau die pun.  eee geramnya...
malas la nk fikir lantak die. hehehe...

ni la hasilnye...kamera cik linda ni tak lah canggih mcm orng lain tu..just pakai tab je
sok2 nak bt cik linda guna dslr cik linda y da lama tak guna...pastu edit kasi cun..hahaha...



Friday 8 March 2013

THIS IS MY BLOG : Anak Anugerah Yg Terindah

THIS IS MY BLOG : Anak Anugerah Yg Terindah

Anak Anugerah Yg Terindah

Ya Allah terima kasih kerana memberi ak merasa akn nikmat nye mengandung dan bersalin...ak sangat bersyukur dgn anugerah mu ini Ya Allah...
Tidak dapat Cik Linda bayangkan gambarkan betapa gembiranya apabila mengetahui diri ini mengandung.. Cik Linda percaya pasti ibu2 di luar sana sangat seronok dan teruja mengetahui diri tu mengandungkan. Zuriat penyambung warisan suami isteri..

Cik Linda nikah 11/11/11...cantik kan tarikh tu. tarikh tu juga tarikh lahir asbend Cik Linda.. tak sangka sungguh.. Selepas 2 bulan menikah Cik Linda di sahkan mengandung..Alangkah gembiranye Cik Linda pada masatu.asbend pun gembira.. sebelumkawen pernah asbend Cik Linda cakap taknak anak lagi..tapi la kite utk menolak takdir ini..

Macamana ye Cik Linda tau yg Cik Linda ni mengandung.. Cik Linda ni period nye mmg teratur tiap bln.Tp bulan Jan 2012 tu period Cik Linda lambat 2 minggu. tambah plak Cik Linda mudah penat. Cik Linda fikir mungkin penat kerja tambah lagi tiap2 minggu ulang alik jb - pahang - kl - putrajaya - shah alam.. yela asbend d selatan study di shah alam.so Cik Linda assume penat la. tapi one day tu, time tu plak minggu ke putrajaya. tumpang umah k.ct gebu ni bila ad kelas. so sebelum sampai d umah k.ct gebu, Cik Linda singgah watson utk beli pregnant test. so awal2 pagi tu time nk solat subuh.Cik Linda pun test la. Alhamdulillah Cik Linda mengandung.apa lagi cepat2 la inform asbend Cik Linda..

bermulalah dari ari tu. episod Cik Linda mengandung hga la melahirkan si cute ni

hi i'm 6 month already

Cik Linda nama kan nye NUR FAZLYN SOFEA...

Bila da tau diri ni ngandung...bak cam org lain Cik Linda mengalami morning sickness..hampir 3 bln jga la.tp alhamdulillah masuk 4 bln da boleh mkn.tapi dlm kuantiti yg ckit je..


Wednesday 2 November 2011

2.11.11

apa ada dengan tarikh ini...ye mungkin bagi kalian ia tidak bermakna, tapi bagi family Cik Linda ia sangat bermakna especially bt family Kakde.
Pada ri ni is akan menjalani operation, kami satu family berdoa semoga is selamat operate dan sihat kembali seperti biase

Saturday 22 October 2011

SAMPAI BILA MAU TIPU HATI INI

Betapa sedey nye sebak kecewa sume perasaan itu dtng. Hanya Allah yang mengetahuin Nya. Cik Linda tak sangka Cik Linda akan menangis sebab perkara yang sama. dan ia kembali lagi, KEMBALI LAGI, BERULANG LAGI. Dan sekali lagi ia telah membuat kan Cik Linda begitu sakit...Mungkin Allah sayang kan Cik Linda, BUKTI ITU telah membuktikan nya...

Apa salah Cik Linda pada pakcik. nape die bt Cik Linda camni. Cik Linda da lakukan yng terbaik utk die...semakin dekat semakin banyak dugaan nya. mungkin selepas kami diijabkabul, mungkin juga sekali lagi Cik Linda menangis pd thn dpn nye. Ya Allah berilah kekuatan pada Cik Linda....apakah ini dugaan Mu. jika ia benar. tunjukkah lah kebenarannya. sebagai hambamu yng naif dn bnyk melakukan dosa kepada Mu. masihkah ada ruang utk diri ini di sayangi. sesungghnya padaMu shj tmpat ak bermohon keampunan dan merasa diri d sayangi.